Mike Tyson ‘belasah’ penumpang dalam pesawat

in Global by

BEKAS juara tinju heavyweight Mike Tyson dilaporkan menumbuk seorang penumpang pesawat berulang kali selepas individu itu didakwa mengganggu petinju ketika menaiki pesawat di San Francisco.

Dalam satu rakaman yang tular, Tyson yang dilihat bersandar di belakang tempat duduknya memberikan pukulan bertubi-tubi kepada lelaki itu sehingga mengalami lebam dan pendarahan di muka.

“Iron Mike” pada mulanya mesra dengan penumpang dan rakannya ketika mereka menaiki penerbangan tetapi bertindak balas selepas lelaki itu tidak berhenti melakukan provokasi kepada dirinya.

“Tyson sebenarnya sudah menegur perbuatan lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk senyap. Namun apabila lelaki itu tidak melakukannya.

“Ketika itulah saksi berkata Tyson mula memberi beberapa tumbukan ke muka lelaki itu” kata laman sesawang hiburan, TMZ.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada polis Amerika Syarikat, syarikat penerbangan JetBlue dan wakil Tyson berkenaan kejadian tersebut.

Dianggap sebagai salah seorang petinju terbaik sepanjang zaman, Tyson juga terkenal dengan tingkah lakunya yang tidak menentu apabila pernah menggigit telinga Evander Holyfield ketika pertarungan pada 1997.

Selain itu, Tyson juga pernah ditahan kerana gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan termasuklah pernah disabitkan atas kesalahan rogol dan ketagihan dadah jenis kokain.