Verstappen padu

in Sukan by

JUARA dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen menyifatkan kejayaan Red Bull mengungguli Grand Prix (GP) Emilia Romagna di Litar Imola membuktikan pasukan tersebut semakin kompetitif pada saingan musim ini.

“Hari ini, anda tidak pernah tahu dengan cuaca betapa kompetitif yang anda akan hadapi, namun saya percaya kami telah melakukannya dengan sangat baik dan keputusan satu dua ini sangat wajar,” kata Verstappen.

Pada perlumbaan itu, Verstappen pelumba kelahiran Belanda mencatat masa 1:32:07.986 untuk muncul juara diikuti rapat rakan sepasukan Sergio Perez dari Mexico kedua dan Lando Norris ketiga yang berseragam McLaren.

Sementara itu, pendahulu kejuaraan Charles Leclerc dari Ferrari yang berdepan dengan masalah jentera berada di posisi keenam manakala rakannya dari Sepanyol, Carlos Sainz kurang bernasib baik pada perlumbaan kali ini.