Jerald Joseph tamat perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Suhakam

in Nasional by

SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Jerald Joseph memaklumkan bahawa beliau telah tamat perkhidmatan sebagai pesuruhjaya pada Selasa.

Menurutnya, ia merupakan pengalaman yang menakjubkan dalam mempertahankan amalan baik itu dan mendorong kepada perubahan negara.

“Ia membawa saya ke seluruh pelosok Malaysia termasuk penjara, depoh imigresen, kampung yang tiada kerakyatan, kampung orang asli, perumahan miskin bandar dan banyak lagi.

“Banyak yang saya telah belajar dan begitu banyak yang perlu kita lakukan untuk memastikan hak asasi manusia menjadi milik semua bukan hanya sebahagian.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada anda selama bertahun-tahun bekerja bersama,” katanya pada Selasa.

Menurut beliau, perubahan ke arah kebaikan hanya akan berlaku sekiranya bekerja secara bersama-sama.

“Saya berharap untuk terus berkhidmat kepada Malaysia dan dunia untuk hak asasi manusia apabila diperlukan,” ujarnya.