Meriahkan perayaan anda dengan sertai kempen HUAWEI Petal Search

in Nasional by

Sambutan hari raya tidak lama lagi. Dengan jangkaan kemeriahan suasana kembali seperti sebelum tahun-tahun pandemik, orang ramai khususnya umat Islam di negara ini pasti teruja meraihkannya.

HUAWEI pun tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini. Peneraju telefon pintar terbaik di dunia ini tampil dengan Kempen Raya Ask Petal bagi menghargai sokongan para pelanggan dan peminat mereka selama ini.

Kempen yang menggunakan dua platform iaitu Facebook dan enjin carian Petal ini menawarkan pelbagai hadiah menarik tapi mudah untuk disertai.

5 Elemen Kempen Raya Ask Petal

Kempen ini merangkumi dua segmen iaitu ganjaran hadiah melalui penyertaan di Facebook HUAWEI dan juga mengasah skil anda dengan mini game yang disediakan. Caranya cukup mudah dan sesiapa pun berpeluang menang hadiah!

Masak Raya

Melalui penerokaan dalam Petal Search, pengguna boleh melayari pelbagai jenis masakan serta menu hari raya yang menyelerakan. Pengguna boleh mencari masakan kegemaran mereka melalui enjin carian itu.

Bila sudah temui menu pilihan, pengguna hanya perlu tangkap layar carian hidangan raya itu dan kongsikan di laman peraduan Facebook HUAWEI bagi peluang untuk menang pelbagai hadiah.

Hadiah-hadiah yang disediakan memang gempak habis! Anda pastinya tidak mahu lepaskan peluang untuk menang Pengering Rambut Dyson Supersonic Hairdryer dan Baucar Shopee bernilai RM1000!

Dengan dunia di hujung jari anda, HUAWEI Petal Search melebihi jangkaan anda dalam setiap cara yang mungkin.

Antara ciri uniknya ialah pengguna dapat menguruskan halaman utama mereka mengikut cita rasa. Ini dapat memastikan aplikasi adalah lebih teratur untuk kegunaan harian.

Dengan menggunakannya, pengguna boleh mencari di web untuk gambar, video, berita dan apa sahaja, selain memudahkan mereka mengakses maklumat terkini dan popular dengan mudah.

Yang menariknya, keseluruhan halaman Petal Search boleh diterjemahkan kepada bahasa yang diinginkan!

Undi & Menang Duit Raya Untuk Pengguna Petal Search

Bagi menyerikan lagi sambutan hari raya, HUAWEI telah mereka satu mini game untuk memeriahkan lagi hari perayaan apabila Petal seikhlas hati mahu memberikan Duit Raya tahun ini.

Melalui mini game ini, pengguna boleh mengundi hidangan raya kesukaan mereka dan memperolehi satu peluang setiap hari untuk mereka putar roda impian dan menang hadiah menarik.

Peraduan ini terbuka kepada pengguna Petal Search dan bagi bukan pengguna Petal Search, anda masih berpeluang untuk menyertainya dengan memuat turun aplikasi ini.

Cara Untuk Memuat Turun Petal Search?

Proses memuat turun Petal Search adalah sangat mudah! Anda hanya perlu melawati Galeri Aplikasi HUAWEI dan muat turunnya dari sana.

Jadi tunggu apa lagi? Biar ciri Petal Search memeriahkan sambutan hari raya anda! Muat turun Petal Search dari AppGallery hari ini!

Beli Belah Untuk Raya

Katakanlah anda bertuah dapat baucar di roda impian! Pastinya anda mahu membeli persiapan untuk hari raya nanti. Anda mempunyai 1001 satu pilihan untuk membeli kelengkapan raya itu dengan pelbagai platform e-dagang yang tersedia dalam Petal Search.

Dari pilihan dekorasi perayaan, makanan, pakaian dan macam-macam lagi boleh anda pilih dengan pelbagai pilihan harga berpatutan bila anda membuat carian di Petal Search itu

Malahan bukan setakat terhad kepada pilihan raya sahaja, pilihan lain juga boleh ada dapati dengan mudah di Petal Search.

Anda boleh mengikuti pelbagai aktiviti berkaitan Ask Petal Raya ini dengan klik pautan berikut: https://bit.ly/petalraya dan sertai peraduan Ask Petal Raya di pautan – https://www.facebook.com/HuaweiMobileServicesAPAC/posts/4836745179781495