PM berbuka puasa bersama kepimpinan NGO, pertubuhan belia

in Nasional by

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa berbuka puasa bersama barisan kepimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan belia pelbagai kaum di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Antara yang hadir ialah Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abd Hamid; Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.

Majlis yang dihadiri kira-kira 900 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran 37 anak yatim dari Baitus Sakinah Hidayah, Sepang, Selangor.

Ismail Sabri kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di surau dengan diimamkan oleh Imam Masjid Putra, Abdul Karim Zakaria Al-Hafiz. – Bernama