Ukraine mahu RM8.71 bilion sebulan dari AS

in Global by

WASHINGTON – Menteri Kewangan Ukraine, Sergey Marchenko dilaporkan telah meminta sekurang-kurangnya AS$2 bilion (RM8.71 bilion) sebulan sebagai bantuan ekonomi kecemasan daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Bercakap kepada Washington Post, Marchenko berkata, Ukraine memerlukan bantuan kewangan itu dan memenangi perang Ukarine.

Semasa lawatannya ke Washington pada minggu lalu, Marchenko bertemu dengan beberapa pegawai kanan AS, memberi amaran kepada mereka bahawa tanpa sokongan kewangan yang diminta, Ukraine berkemungkinan tidak akan dapat menangani krisis kemanusiaan yang disebabkan oleh serangan tentera Rusia.

Sejumlah AS$5 bilion (RM21.77 bilion) sebulan diperlukan untuk menampung keperluan segera Ukraine pada April, Mei dan Jun, jelas menteri itu.

Sejak permulaan serangan tentera Rusia di Ukraine pada akhir Februari lalu, AS telah mengeluarkan kira-kira AS$1 bilion (RM4.35 bilion) dalam bentuk bantuan ekonomi untuk Kiev.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen memberitahu pemberita pada Khamis lalu bahawa AS perlu mencari kaedah untuk memenuhi keperluan Ukraine.

Komennya itu dibuat sejurus selepas Biden menjelaskan bahawa beliau akan meminta Kongres AS memberi lampu hijau untuk menghulurkan lebih banyak bantuan kewangan kepada Ukraine. – Agensi