KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.
Solution Group Bhd rakan pengeluar CanSino Biologics Inc di ASEAN dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa vaksin itu telah diluluskan untuk dewasa berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira jenis vaksin yang mereka terima pada awal vaksinasi Covid-19.
Kenyataan itu juga menyebut Convidecia juga akan diberikan sebagai dos penggalak selepas sekurang-kurangnya tiga bulan menerima dos kedua vaksinasi utama mereka.
“Ia juga yang pertama dan satu-satunya vaksin Covid-19 dari China yang dimasukkan dalam program vaksinasi heterologous di Malaysia yang boleh diberikan sebagai ‘mix-and-match’ bersama kedua-dua Pfizer-BioNTech dan vaksin Covid-19 AstraZeneca,” menurut kenyataan itu. – Bernama
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin menjelaskan walaupun kerajaan telah mengumumkan pada 1 Julai harga ayam naik tapi masih murah, termasuk dibandingkan dengan negara Asean.
Berikut merupakan petikan Sinar Live bertajuk Ada apa 1 Julai di platform digital Sinar Harian.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengingatkan orang politik, menteri-menteri jangan sibuk bergaduh, sebaliknya selesaikan dan sampaikan maklumat tepat kepada rakyat berkaitan kenaikan harga barang.
Berikut merupakan petikan Sinar Live bertajuk Ada apa 1 Julai di platform digital Sinar Harian.
ISNIN lalu, ramai hati mereka yang bergelar ibu tercalar menyaksikan bagaimana bekas isteri seorang ahli perniagaan terkemuka, Emilia Hanafi menyerah diri untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana mengubah tarikh lawatan anaknya.
Emilia dijatuhi hukuman tersebut pada 4 September 2019 selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan permohonan komital atau menghina mahkamah yang difailkan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.
Bagaimanapun, ketika itu Emilia dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan.
Di media sosial pula, kebanyakan netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa wanita berusia 43 tahun itu.
Tidak kurang ada yang menghambur kata-kata kurang manis terhadap SM Faisal walaupun beliau telah menjelaskan bahawa haknya untuk bersama dengan anak-anak dinafikan sejak bercerai enam tahun lalu.
Apa pun yang berlaku, keputusan mahkamah sudah ditentukan. Cuma yang tersepit ketika ini ialah tiga anak mereka berusia 10 hingga 16 tahun. Sudahlah menjadi mangsa perceraian, ibu pula dipenjara.
Dapatkah kita bayangkan apa perasaan anak-anak ketika ini?
Memetik kata-kata pakar motivasi, Fauziah Sirat dalam program Wacana Sinar Harian yang disiarkan secara langsung pada Selasa lalu, anak-anak mempunyai hak untuk tidak masuk dalam kancah pertelingkahan ibu bapa.
Menurut beliau, suami isteri yang memilih jalan untuk berpisah perlu menguruskan krisis emosi anak-anak dengan baik, jangan sampai mereka rasa terpinggir dan tidak disayangi.
Mengambil iktibar kepada kes Emilia ini, mungkin sudah tiba masanya amalan ‘berpatah arang berkerat rotan’ dalam kalangan orang kita yang bercerai, tidak lagi dijadikan amalan.
Tidak perlu bermasam muka dan saling menghasut, sebaliknya selesai hal anak-anak secara harmoni.
Kita tidak mahu lebih ramai generasi muda yang berantakan dari segi tingkah laku hanya kerana tidak mendapat kasih sayang sewajarnya daripada ayah dan ibu, walaupun mereka sudah berpisah.
Jika kebajikan jadi keutamaan, perceraian ibu bapa tidak akan menyebabkan anak-anak tidak bahagia.
Malah siapa tahu, disebabkan itu mungkin ibu dan bapa bersatu semula.
SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 2,605 jangkitan baharu Covid-19 pada Rabu termasuk tiga kes import.
Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan, terdapat lima kematian dengan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,763 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.
Selain itu, sejumlah 28,714 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara dengan sejumlah 27,465 pesakit kuarantin di rumah, 1,187 menerima rawatan di hospital, dan 22 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Data itu juga menunjukkan, sejumlah 40 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 24 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 1,633 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,498,711.