Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

in Bisnes by

KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM43.56 bilion dalam sistem konvensional dan RM29.06 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat pada Khamis akan menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion setiap satu selama tujuh, 14 dan 33 hari.

Ia juga akan mengendalikan tiga tender Qard sebanyak RM1.1 bilion untuk jangka masa tujuh hari, RM800 juta selama 14 hari dan RM1.2 bilion untuk 21 hari.

BNM akan melaksanakan satu tender repo berbalik bernilai RM500 juta selama 33 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM40.1 bilion dan sejumlah RM25.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah. – Bernama