Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

in Bisnes by

RINGGIT meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis, menjelang pengumuman indeks harga pengguna AS CPI pada Jumaat, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.3420/3940 berbanding dolar AS 4.3930/3960 ketika ditutup pada Rabu.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, harga minyak mentah masih mengimbangi ringgit, walaupun terdapat kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global.

“Sesi yang dijangka tenang (dalam pasaran mata wang) menjelang pengumuman data AS CPI yang kritikal esok, yang mungkin memberi isyarat jika Rizab Persekutuan AS perlu menaikkan faedah secara lebih agresif atau tidak, jika inflasi kekal dalam laporan itu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan itu naik berbanding pound Britain kepada 5.4992/5017 daripada 5.5027/5064 ketika ditutup pada Khamis tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1939/1956 daripada 3.1928/1952 pada Rabu.

Ia jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.2896/2914 daripada 3.2837/2862 dan turun berbanding euro kepada 4.7060/7082 daripada 4.7027/7059 sebelumnya. – Bernama