34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

in Koronavirus by

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,223,569 atau 34.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat pada Jumaat.

Berdasarkan data laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,734,505 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,913,149 atau 93.6 peratus telah menerima dua dos vaksin, manakala 3,006,526 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 16,115,626 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini pula telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,988,429 atau 97.7 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,265,576 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 12,226 dos harian diberikan semalam meliputi 1,016 dos pertama, 9,307 dos kedua dan 1,903 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 71,032,773.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,166 kes baharu positif Covid-19 semalam manakala satu kes kematian dicatatkan di Negeri Sembilan. – Bernama