Ratusan dimasukkan hospital akibat kebocoran gas nitrogen di Iran

in Global by

TEHRAN – Lebih 130 orang dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas akibat kebocoran bahan kimia di sebuah kilang di selatan Iran.

Agensi berita IRNA melaporkan satu siasatan telah dilancarkan untuk mencari punca kebocoran gas nitrogen dari kilang menghasilkan abu soda di bandar Firuzabad.

“Mangsa yang cedera kebanyakkan mengalami masalah pernafasan akibat gas nitrogen yang tidak merbahaya,” ujar Pengarah Pengurusan Krisis di wilayah Fars, Khalil Abdollahi.

Tidak mangsa terkorban dan mereka yang dimasukkan ke hospital telah dibenarkan keluar. – AFP