Bieber semakin baik selepas diserang sindrom Ramsay Hunt

in Global by

LOS ANGELES – Keadaan penyanyi terkenal, Justin Bieber semakin baik dari sehari ke sehari selepas dia disahkan menghidap sindrom Ramsay Hunt, kata isterinya, Hailey pada Rabu.

Menurutnya, penyanyi pop itu turut menerima sokongan termasuk daripada rakan-rakan, peminat dan anggota keluarganya selepas Bieber mendedahkan dia menghidap sindrom tersebut.

“Jelas sekali ia hanya situasi yang sangat menakutkan tetapi dia baik-baik saja,” kata model itu seperti dilaporkan media Amerika Syarikat (AS).

Sindrom Ramsay Hunt menyebabkan sebahagian muka kanan Bieber lumpuh.

Pada bulan Mac lalu, Hailey, 25, sedang bersarapan bersama Bieber, 28, apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Baby itu hilang deria rasa di hujung jari dan bahagian kanan mukanya.

Isterinya itu pernah berkata bahawa Bieber juga tidak boleh bercakap.

Ketika itu, Hailey berkata, suaminya menganggap dia kemungkinan diserang strok sebelum penyanyi tersebut dihantar ke sebuah hospital dekat Palm Springs, California. – Agensi