Malaysia catat 2,320 kes baharu Covid-19, lima kematian

in Koronavirus by

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 2,320 kes baharu Covid-19 pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,532,632 kes dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 23,886.

Portal CovidNow menunjukkan daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 22,840 kes atau 95.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 18 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan seramai 990 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan seramai 38 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Rabu ialah 1,390 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,473,021.

Pada masa yang sama, Malaysia turut merekodkan lima kematian baharu akibat wabak tersebut pada Rabu.

Daripada jumlah itu, satu kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).