Pogba kembali ke Juventus

in Sukan by

PEMAIN tengah Perancis, Paul Pogba kembali ke Juventus selepas meninggalkan Manchester United dengan perpindahan itu dilakukan secara percuma.

“Kami pernah mengucapkan selamat tinggal selepas mengharungi perlawanan sengit yang dikongsi bersama, sentiasa ada harapan bahawa kami akan bertemu lagi, lambat laun,” lapor Agensi Anadolu memetik Juventus sebagai berkata dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 2016, Pogba, 29, menyertai Manchester United untuk kali kedua.

Pogba merupakan pemain tetap Juventus pada 2012-2016 dan bermain untuk kejuaraan Serie A Itali.

Kelab Inggeris itu telah membayar €105 juta (AS$116.4 juta) untuk membeli Pogba daripada Juventus, dalam perjanjian bola sepak terbesar 2016.

Beliau memenangi dua Piala Liga Inggeris bersama Manchester United pada 2010 dan 2017, dan turut membantu Red Devils menjulang trofi Liga Europa UEFA 2017.

Pogba juga memenangi gelaran Piala Dunia FIFA bersama pasukan kebangsaan Perancis pada 2018 di Rusia.- Bernama