Jemaah guna e-skuter pada musim haji di Makkah

in Global by

MAKKAH – Sejumlah e-skuter disediakan Pihak Berkuasa Am Pengangkutan (GTA) bagi memudahkan pergerakan mereka semasa menunaikan ibadah haji di Makkah, lapor media Saudi Gazette pada Isnin.

Pihak berkuasa mula menyediakan perkhdimatan skuter elektrik kepada jemaah haji sebagai perkhidmatan percubaan.

Penggunaan e-skuter itu dapat mengurangkan masa pengangkutan jemaah haji semasa mereka bergerak dari Arafah ke Muzdalifah.

Perkhidmatan tersebut dapat memendekkan masa kepada 15 minit dari Arafah ke Muzdalifah.

Para jemaah yang akan menggunakan e-skuter perlu mengikut laluan yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan mereka.

Pihak berkuasa juga menyediakan pasukan khusus untuk mengajar jemaah haji tentang cara yang betul untuk menggunakan e-skuter. – Agensi