Upacara pengebumian Abe hari ini

in Global by

TOKYO – Pengebumian bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, yang maut akibat ditembak pada Jumaat, diadakan di kuil buddha Zojoji di tengah Tokyo pada Selasa, lapor Sputnik.

Pada Isnin, satu majlis perpisahan dihadiri saudara mara, rakan dan rakan sekerja Abe, diadakan di kuil yang sama. Seramai kira-kira 2,500 orang menghadiri majlis itu termasuk Duta Rusia ke Jepun Mikhail Galuzin.

Bilangan tetamu yang dibenarkan menghadiri upacara pengebumian adalah terhad.

Mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri itu boleh berbuat demikian dalam dua upacara khas yang mungkin diadakan kemudian di Tokyo dan di Shimonoseki, kampung halaman Abe. Namun, tarikhnya belum diumumkan.

Abe ditembak pada pagi Jumaat di bandar raya Nara, Jepun ketika sedang berucap dalam satu kempen. Tetsuya Yamagami, 41, mendekati ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki). Penyerang dilaporkan merancang pembunuhan bekas ketua kerajaan berusia 67 tahun itu selama hampir setahun. – Bernama