2,345 kes baharu Covid-19, tiga kematian

in Khas by

SHAH ALAM – Sebanyak 2,345 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 35,819 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 35,716 kes, dengan 34,411 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 21 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,232 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 52 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 31 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 21 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 2,384 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,529,201 kes.