Takiyuddin diminta perjelas maksud perjanjian, MOA

in Politik by

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan maksud perjanjian dan memorandum perjanjian (MOA) dalam draf berkaitan jawatan timbalan perdana menteri.

“You (wartawan) tanyalah dia apa maksud perjanjian dan memorandum perjanjian,” katanya ketika sidang akhbar selepas menyerahkan Surat Keputusan Kewarganegaraan di Kementerian Dalam Negeri pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Takiyuddin bahawa draf berkaitan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) seperti yang dimaklumkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan satu perjanjian, sebaliknya MOA.

Takiyuddin sebelum ini dilapor mengakui bahawa beliau membuat draf perjanjian berkenaan atas kedudukannya ketika itu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).

Pelantikan TPM katanya adalah atas kehendak Yang di-Pertuan Agong.