Covid-19: Kes harian baharu 5,230 tertinggi minggu ini

in Koronavirus by

KUALA LUMPUR – Angka kes harian baharu Covid-19 pada Jumaat mencecah 5,230 yang tertinggi sepanjang tempoh seminggu ini (9 Julai – 15 Julai).

Kali terakhir angka kes 5,000 dilaporkan ialah pada 23 April 2022 iaitu sebanyak 5,624 kes.

Secara keseluruhannya, sebanyak 24,087 kes harian baharu direkod sepanjang seminggu ini berbanding 21,083 kes pada minggu sebelumnya (2 Julai – 8 Julai).

Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 1,877 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,584 kes.

Negeri mencatat kes tiga angka iaitu Perak (399), Sabah (261), Negeri Sembilan (236), Pulau Pinang (219), Melaka (140), Johor (107) dan WP Putrajaya (102).

Negeri lain mencatat kes dua angka iaitu Kedah (76), Pahang (70), Sarawak (68), Kelantan (48), Terengganu (23) dan WP Labuan (12). Perlis mencatat lapan (8) kes.

Dengan 5,230 kes dilaporkan pada Jumaat, kes aktif Covid-19 dalam negara meningkat kepada 41,208 kes sementara kes kumulatif sebanyak 4,613,998 kes.

Peningkatan kes sudah dijangkakan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengesahkan turut mengesan kes melibatkan sub-varian Omicron BA.5 yang mudah merebak.

Malahan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus ketika memberi taklimat media mingguan WHO di Geneva, Switzerland, Selasa lepas berkata, ” gelombang baharu virus Covid-19 menunjukkan pandemik ini masih jauh untuk ditamatkan.”

Menurut beliau, sub-varian Omicron, seperti BA.4 dan BA.5, terus menjadi penyebab kepada gelombang baharu, kemasukan ke hospital dan malahan kematian di seluruh dunia.

Sub-varian Omicron BA.4 dan BA.5 yang semakin menjadi dominan mula dikesan merebak di Afrika Selatan pada awal tahun 2022.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 9 Julai hingga 15 Julai 2022:-

9 Julai (2,799), 10 Julai (3,264), 11 Julai (2,417), 12 Julai (2,345), 13 Julai (3,934), 14 Julai (4,098) dan 15 Julai (5,230).

Rekod kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 2 Julai hingga 8 Julai 2022:-

2 Julai (2,527), 3 Julai (2,536), 4 Julai (1,918), 5 Julai (2,932), 6 Julai (3,561), 7 Julai (4,020) dan 8 Julai (3,589).

Singapura masih mencatat kes harian baharu Covid-19 yang tinggi sepanjang minggu ini sehingga mencecah lima angka, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

9 Julai (8,659), 10 Julai (6,423), 11 Julai (4,495), 12 Julai (5,979), 13 Julai (16,870), 14 Julai (11,772) dan 15 Julai (10,526).

Sementara itu, sebanyak 2,927 kes sembuh Covid-19 dilaporkan sehingga jam 11:59 malam 15 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,536,946 kes.

Sebanyak lapan (8) lagi kes kematian pesakit Covid-19 dilaporkan pada Jumaat, menjadikan jumlah kes kematian sejak pandemik Covid-19 melanda negara setakat ini sebanyak 35,844.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan hanya satu (1) kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ipoh Lumut (pendidikan) pada 9 Julai, melibatkan 77 kes positif Covid-19. Kluster ini melibatkan daerah Perak Tengah, Perak.

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,026 kluster dikesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat 15 Julai, 12 kluster yang masih aktif.

Dengan sebanyak 4,613,998 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) 4,770,400 kes dan Ukraine 5,020,181 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Brazil merekod kes harian tertinggi sebanyak 107,959 diikuti oleh Itali (96,384) dan Amerika Syarikat (94,037).

Amerika Syarikat turut mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,048,693 kes.

Sementara itu, data CovidNow KKM setakat jam 11:59 malam 15 Julai 2022 menunjukkan sebanyak 39,703 kes (96.3 peratus) dikuarantin di rumah daripada 41,208 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 30 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,411 kes (3.4 peratus) di hospital; 20 kes (0.0 peratus) di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 44 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan Covid-19, iaitu

Tahap 1 – Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 – Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 – Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 – Bergejala, mengalami radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 – Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di ICU

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh:-

9 Julai (2,666), 10 Julai (2,703),11 Julai (2,536), 12 Julai (2,384), 13 Julai (2,747), 14 Julai (2,071) dan 15 Julai (2,927).

* kes kumulatif sembuh sehingga 15 Julai 2022 sebanyak 4,536,946.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

9 Julai (35,323), 10 Julai (35,882),11 Julai (35,758), 12 Julai (35,716), 13 Julai (36,894), 14 Julai (38,913) dan 15 Julai (41,208).

Perincian kes harian baharu (5,230):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 15 Julai 2022

* (+kes import)

Empat angka – Selangor 1,877 (+0) dan WP Kuala Lumpur 1,584 (+0).

Tiga angka – Perak 396 (+3), Sabah 260 (+1), Negeri Sembilan 235 (+1), Pulau Pinang 219 (+0), Melaka 139 (+1), Johor 106 (+1) dan WP Putrajaya 102 (+0).

Dua angka – Kedah 76 (+0), Pahang 70 (+0), Sarawak 64 (+4), Kelantan 48 (+0), Terengganu 23 (+0), dan WP Labuan 12 (+0).

Satu angka – Perlis 8 (+0).

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

9 Julai – Kes baharu 2,799 ; Kes kumulatif 4,592,710 ; Kes import 2;

10 Julai – Kes baharu 3,264 ; Kes kumulatif 4,595,974 ; Kes import 5;

11 Julai – Kes baharu 2,427 ; Kes kumulatif 4,598,391 ; Kes import 4;

12 Julai – Kes baharu 2,345 ; Kes kumulatif 4,600,736 ; Kes import 3;

13 Julai – Kes baharu 3,934 ; Kes kumulatif 4,604,670 ; Kes import 7;

14 Julai – Kes baharu 4,098; Kes kumulatif 4,608,768 ; Kes import 5.

15 Julai – Kes baharu 5,230; Kes kumulatif 4,613,998; Kes import 11.

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

9 Julai – 1 (Pendidikan1)

Kluster Jalan ipoh Lumut, Perak Tengah (Perak); 77 kes positif;

10 Julai – tiada kluster

11 Julai – tiada kuster

12 Julai – tiada kluster

13 Julai – tiada kluster

14 Julai – tiada kluster

15 Julai – tiada kluster

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,026 kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat Jumaat, 12 kluster yang masih aktif.

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

9 Julai – 8 (BID 0), 10 Julai – 2 (BID 0 ),11 Julai – 5 (BID 2 ), 12 Julai – 3 (BID 1 ), 13 Julai – 9 (BID 2), 14 Julai – 8 (BID 2 ) dan 15 Julai – 8 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 15 Julai 2022, sebanyak 35,844 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 566,317,183 berbanding 559,664,296 minggu lepas dengan 6,385,778 kematian (minggu lepas 6,371,439 kematian). Sebanyak 537,645,427 kes dilaporkan (Minggu lepas sebanyak 532,694,610 kes sembuh).

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 91,170,571 (+94,037)

India 43,725,900 (+15,873)

Brazil 33,250,117 (+107,959)

Perancis 32,818,901 (+23,027)

Jerman 29,569,943 (+tiada maklumat)

United Kingdom 23,075,360 (+tiada maklumat)

Itali 19,985,479 (+96,384)

Korea Selatan 18,680,142 (+38,864)

Rusia 18,480,934 (+4,457)

Turkiye 15,297,539 (+tiada maklumat)

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 – 10,759,145 (+956)

Indonesia di tangga 20 – 6,127,084 (+3,331)

Malaysia di tangga 25 – 4,613,998 (+5,230)

Thailand di tangga 27 – 4,554,976 (+1,795)

Filipina di tangga 37 – 3,727,970 (+2,588)

Singapura di tangga 50 – 1,579,946 (+10,526)

Myanmar di tangga 83 – 613,798 (+14)

Laos di tangga 111 – 210,462 (+29)

Brunei di tangga 118 – 181,256 (+1,497)

Kampuchea di tangga 125 – 136,421 (+14)

– Bernama