Covid-19: 5,047 kes baharu, empat kematian

in Koronavirus by

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 5,047 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,581,208.

Berdasarkan data daripada portal CovidNow, KKM memaklumkan terdapat tiga kematian dengan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) yang direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,848 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 42,481 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 40,923 pesakit kuarantin di rumah, 1,459 menerima rawatan di hospital, dan 39 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 26 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 34 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 3,770 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,540,716.