Kolaborasi Nas Suha, Hotlink martabatkan seni lukisan mural

in Nasional by

Peneraju jenama telekomunikasi negara, Hotlink terus menerajui ke hadapan dalam memenuhi kehendak para pelanggannya. Bukan sahaja dalam usaha menyediakan rangkaian terbaik di seluruh negara, namun Hotlink juga mendedikasikan usaha mereka untuk menyokong anak seni tempatan.

Ini dibuktikan melalui kempen berterusan #BikinSampaiJadi di mana Hotlink memperjuangkan semangat dan impian yang wujud dalam diri setiap pelukis tempatan dengan mengangkat seni lukisan mural tradisional ke digital.

Melalui kempen itu, Hotlink merealisasikan azam pelukis di jalanan dan juga Metaverse menerusi projek mural di negeri kelahiran sendiri termasuk pembikinan koleksi NFT eksklusif!

Nas Suha, pelukis mural kelahiran Terengganu bersyukur apabila dia diberi peluang untuk berkongsi bakat bersama masyarakat dengan sokongan daripada Hotlink.

Menurutnya, seni batik dan wau negeri Pantai Timur menjadi sebahagian daripada terjemahan seni lukisan muralnya kerana ia adalah warisan dan budaya kebanggaan negeri itu.

“Tidak kira sepesat mana sekali pun teknologi maju ke hadapan, adat dan budaya tetaplah dijulang tinggi setiap masa.

“Impian untuk memulihara warisan dan kebudayaan melalui visual mural adalah matlamat saya.

“Dengan rangkaian dan internet pantas disediakan Hotlink di seluruh negara, kita pastinya tidak akan ketinggalan,” katanya.

Jelas Nas lagi, kombinasi antara seni tradisi dan juga platform digital membolehkan setiap karya itu melangkau capaian yang lebih jauh serta dapat dikongsikan dengan lebih meluas.

Ujar beliau, sebab itulah apabila Hotlink memilih untuk berkolaborasi, dia begitu teruja kerana yakin bahawa rangkaian telekomunkasi itu mampu membantu merealisasikan impiannya untuk mengangkat kesenian Terengganu ke tahap tertinggi.

“Setiap kali saya perlu mencari inspirasi, saya cenderung melayari internet untuk mendapatkan idea baharu. Hotlink sentiasa ada untuk menyokong keperluan internet saya.

“Bagi saya, menyiarkan seni saya dalam talian membantu saya mengembangkan jangkauan saya di media sosial.

“Mempunyai internet yang menyokong kerjaya saya dan menjadikan impian saya kenyataan, itulah yang Hotlink lakukan untuk saya.” jelas Nas Suha.

Kempen #BikinSampaiJadi ini pastinya akan membuka laluan yang lebih jauh untuk Nas Suha mengejar segala impian yang diimpikan selama ini.

Manakala Hotlink pula akan sentiasa berada di sisi Nas Suha untuk menyokong dan mengangkat martabat seni warisan tempatan secara berterusan.

Apatah lagi dengan Prabayar Hotlink, bukan sahaja Nas Suha bahkan para pelukis lain juga boleh mencari ilham untuk berkarya dengan internet pantas serta liputan rangkaian yang meluas.

Dengan Prabayar Hotlink, anda juga miliki pilihan untuk #BikinSampaiJadi cara anda dengan internet tanpa had atau internet pantas daripada serendah RM2, dikuasakan oleh rangkaian terbaik untuk strim video lebih mantap di mana jua.

Untuk ketahui lebih lanjut, layari laman web Hotlink.

Jom saksikan perjalanan Nas Suha #BikinSampaiJadi hasil karya Mural Warisan di kampung halamannya.