PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

August 2022

Krisis adab punca rasuah

in Video Shorts by

Krisis adab punca rasuah

Exco Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), Profesor Madya Dr Hamdan Daniel berkata, krisis adab yang semakin menipis menjadi punca kepada masalah rasuah dah salah guna kuasa.

Justeru, amat penting untuk mendidik generasi baharu untuk menolak rasuah bermula dari tadika.

Beliau berkata demikian dalam program Kompas yang membincangkan ‘Merdekakan aku’ terbitan Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI: https://youtu.be/sY7ITzlCZb0

#SinarHarian

#RasuahBusters

#SinarUntukMalaysia

#MalaysiaTanpaRasuah

Tamatkan riwayat 'dinosaur-dinosaur purba'- Penganalisis politik

in Video Shorts by

Tamatkan riwayat ‘dinosaur-dinosaur purba’- Penganalisis politik

Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, rakyat mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan pemimpin yang dianggap bermasalah. Ini kerana kuasa politik terletak pada tangan rakyat.

Beliau berkata demikian dalam program Kompas yang membincangkan ‘Merdekakan aku’ terbitan Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI: https://youtu.be/sY7ITzlCZb0

#SinarHarian

#RasuahBusters

#SinarUntukMalaysia

#MalaysiaTanpaRasuah

Bagaimana untuk hilangkan kesombongan?

in Video Shorts by

Bagaimana untuk hilangkan kesombongan?

Pendakwah, Ustaz Mohammad Zarifi Mohamad Daud berkata, setiap individu perlu menghindarkan diri daripada sifat sombong dan angkuh. Beliau turut berkongsi tips mencegah sifat sombong menurut Islam.

Beliau berkongsi perkara tersebut dalam program Kompas yang membincangkan ‘Merdekakan aku’ terbitan Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI: https://youtu.be/sY7ITzlCZb0

#SinarHarian

#RasuahBusters

#SinarUntukMalaysia

#MalaysiaTanpaRasuah

Pakat mai Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Alor Setar

in Edisi Utara by
Mahdzir (dua dari kanan) meninjau persiapan Jelajah AKM di pekarangan Stadium Darul Aman pada Rabu.

ALOR SETAR – Penduduk di wilayah Utara dipelawa memeriahkan dan memanfaatkan pelbagai tawaran sepanjang tiga hari Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) negeri Kedah bermula Jumaat hingga Ahad ini di pekarangan Stadium Darul Aman.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program yang menyasarkan 100,000 pengunjung itu menampilkan 117 program bersesuaian dengan aspirasi Keluarga Malaysia meliputi pelbagai aspek.

Menurutnya, antara keunikan yang diperkenalkan pada Jelajah AKM Kedah ialah jualan ‘Happy Hour’ yang diadakan dua kali sehari menawarkan barangan keperluan asas seperti beras dan ayam yang dijual pada harga murah.

“Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan beras 5 kilogram (kg) dan seekor ayam pada harga RM10, berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

“Sebanyak 2,000 pek beras dan ayam ditawarkan pada setiap sesi, pada 11 pagi dan 4.30 petang. Sepanjang tiga hari itu sebanyak 6,000 pek ayam dan beras ditawarkan,” katanya ketika meninjau persiapan Jelajah AKM di pekarangan Stadium Darul Aman pada Rabu.

Mahdzir berkata, penganjuran kali ini mengetengahkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebagai Kementerian Peneraju menampilkan beberapa kelainan.

“Antaranya, elemen Mini Karnival Usahawan Desa menerusi Pavilion Usahawan Desa KPLB yang memaparkan program keusahawanan seperti Program Rural Business Challenge (RBC), Program Start Right (PSR), Program Skim Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), Program Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Program Desamall.

“Rakan strategik Program Pendigitalan Usahawan (PPU) dan 60 usahawan bimbingan agensi bawah KPLB turut memasarkan produk bagi kategori makanan dan minuman, kesihatan dan kecantikan, fesyen dan aksesori. Pavilion Usahawan Desa menyediakan ruang memasarkan pelbagai produk jualan selain sebuah bistro sebagai tarikan pengunjung,” katanya.

Menurut Mahdzir, turut diketengahkan elemen kebudayaan orang asli menerusi penglibatan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai tarikan memeriahkan lagi Jelajah AKM Kedah meliputi kaunter informasi dan aktiviti kebudayaan seperti persembahan tarian.

“Program menarik lain, penglibatan pelajar GiatMARA, gunting rambut percuma dan membaiki motosikal percuma. Turut diadakan ceramah perdana oleh penceramah terkenal, selain program hiburan untuk anak muda, jadi kita harap semua program ini dapat menarik ramai pengunjung,” katanya.

Mahdzir turut mengingatkan golongan pencari kerja dan belia di negeri ini agar mengambil peluang mengintai tawaran pekerjaan yang ditawarkan dalam Karnival Kerjaya Jamin Kerja sempena Jelajah AKM berikutan terdapat lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan menerusi 35 majikan yang mengesahkan penyertaan.

“Terdapat dua karnival kerjaya, satu untuk melanjutkan pelajaran dalam TVET, satu lagi yang ditawarkan syarikat. Jelajah AKM Kedah sesuai dikunjungi semua lapisan masyarakat kerana ia meliputi pelbagai aspek.

“Acara yang dijangka paling dinanti-nantikan ialah cabutan bertuah sebuah motosikal untuk dimenangi setiap hari dan sebuah kereta sebagai hadiah utama pada hari terakhir menanti pengunjung bertuah,” katanya lagi.

Perasmian Jelajah AKM Kedah akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3.30 petang Jumaat.

Lelaki dalam potret bukan Dato' Dol Said tetapi…

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by
Lelaki dalam potret bukan Dato' Dol Said tetapi…
Gambar kiri: Dato’ Klana Petra Syed Abdul Rahman bersama Toh Puan. Gambar kanan: Tanjak daripada kayu dililit dengan kain. – Foto Fb Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

SEREMBAN – Potret lelaki bermisai nipis dan bermahkota dililit dengan kain yang amat popular dalam penceritaan sejarah negara sebenarnya merupakan Dato’ Klana Petra Syed Abdul Rahman Syed Ahmad al-Qadri.

Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong dalam kenyataan dalam Facebook rasminya berkata, ada mendakwa ia wajah Dato’ Dol Said Penghulu Naning, wajah Tuan Antah dan Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Klana Syed Abdul Rahman.

“Hal ini telah lama dibahaskan berhubung wajah tokoh sebenar yang potretnya merata tempat khususnya di media sosial dalam mendidik anak bangsa mengenai sejarah negara.

“Tokoh sebenar yang wajahnya diabadikan di potret itu ialah Dato’ Klana Petra Syed Abdul Rahman Syed Ahmad al-Qadri. Bapanya adalah kerabat Tunku Besar Tampin dan disebabkan itu adakalanya beliau memakai gelar Tunku Klana Petra. Ibunya bernama Che Hitam (Ibu Soko Perut Hilir Waris Klana), adik perempuan kepada Dato’ Klana Petra Bahi,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pada masa sama beliau juga anak saudara kepada Dato’ Klana Kawal dan Dato’ Klana Sendeng.

“Sebelum menjadi Undang Sungei Ujong, Dato’ Syed Abdul Rahman menyandang pusaka Dato’ Orang Kaya Laksamana. Beliau terkenal sebagai tokoh memainkan peranan besar dalam perang saudara Sungei Ujong dan Perang Bukit Putus.

“Gambar asal beliau itu sebenarnya bersama isteri Toh Puan Wan Jaebah Kundur tersimpan kemas di Arkib Sungei Ujong. Malah gambar itu juga disalin oleh Arkib Negara dan direkodkan sebagai Dato’ Klana Petra Syed Abdul Rahman.

“Gambar itu dirakam sekitar tahun 1878 hingga1879 di kedai gambar Lot 54, Victoria Street, Singapura oleh jurugambar bernama Loo Pun Ting,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, malah mahkota yang dipakai ketika bergambar itu juga masih tersimpan rapi oleh Arkib Sungei Ujong yang mana mahkotanya diperbuat daripada kayu dan dililit dengan kain untuk memudahkan pemakaian.

“Sehubungan itu, berdasarkan bukti-bukti konkrit ini tidaklah benar cakap-cakap atau dakwaan yang mengatakan wajah potret itu adalah Tuan Antah atau Dato’ Dol Said Penghulu Naning. Semoga penjelasan ini memanfaatkan kita semua,” katanya.

Mural pahlawan Mat Kilau tarikan baharu Kuantan Art Street

in Edisi Pahang by
Hamdan (dua dari kiri) menyempurnakan perasmian lukisan mural Mat Kilau di Jalan Lebai Ali, disaksikan Sharudin (kiri), Raja Kamal Azizul (dua dari kanan) dan Mohd Alhamadi pada Rabu.
Lukisan mural pahlawan Mat Kilau dan Tok Bahaman pada bangunan kedai di Jalan Lebai Ali menjadi tarikan baharu Kuantan Art Street.

KUANTAN – Mural pahlawan Mat Kilau dan Tok Bahaman menghiasi bangunan rumah kedai Jalan Lebai Ali menjadi tarikan baharu Kuantan Art Street di sini.

Mural dihasilkan lima pelukis tempatan itu merupakan tajaan syarikat Alam Flora Sdn Bhd dengan kos RM45,000.

Selain paparan wajah tokoh pahlawan Pahang itu, mural tersebut turut menggambarkan suasana pertempuran antara pejuang tempatan menentang askar British serta lukisan abstrak semangat patriotisme negara menggunakan warna Jalur Gemilang.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, mural tersebut mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan dan menggunakan 16 tong cat dengan tujuh warna asas.

Menurutnya, pemilihan Mat Kilau sebagai tema lukisan mural itu bagi menarik golongan muda untuk menghayati sejarah negeri Pahang dan menghargai perjuangan pahlawan tanah air menentang penjajah.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif meremajakan ‘Kuantan Old Town’ seterusnya menggalakkan interaksi sosial, merancakkan pelancongan bandar dan meningkatkan perniagaan serta ekonomi di bandar ini.

“Ia juga bagi memelihara dan memulihara bangunan rumah kedai sepanjang Jalan Mahkota dan Jalan Besar yang menjadi warisan bandar Kuantan,” katanya.

**media[1894247]**

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Mural Pahlawan Mat Kilau oleh Alam Flora kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Jalan Lebai Ali di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid; Timbalan Pengurus Besar Operasi Alam Flora, Raja Kamal Azizul Raja Ibrahim dan cucu Mat Kilau, Mohd Alhamadi Abu Bakar.

Hamdan berkata, mural terbaharu itu sebahagian daripada Projek Kuantan Art Street di bawah MBK dengan kerjasama pelukis dan pelbagai pihak.

Beliau berkata, projek itu melibatkan tiga fasa dengan 74 lukisan sepanjang 1.3 kilometer telah disiapkan untuk fasa pertama dan kedua.

“Fasa ketiga dijangka bermula hujung tahun ini dengan tambahan elemen baharu sepanjang kira-kira 900 meter lagi di Jalan Mahkota dan Jalan Besar di sini.

“Apabila semua fasa siap kelak, kita jangkakan projek ini akan muncul sebagai ‘Art Street’ terpanjang di negara ini,” katanya.

Tambah beliau, konsep itu juga akan diperluas ke kawasan lain di bandar Kuantan bagi meremajakan bangunan-bangunan lama berdasarkan permintaan pemilik bangunan.

34 'bayi merdeka' di Terengganu

in Edisi Terengganu by
Dr Kasemani (tengah) melihat bayi merdeka yang dilahirkan di HSNZ pada 31 Ogos.

KUALA TERENGGANU – Seramai 34 bayi merdeka dilahirkan pada 31 Ogos setakat jam 10 pagi di semua hospital awam di Terengganu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, daripada jumlah tersebut, 17 bayi adalah perempuan manakala selebihnya lelaki.

“Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) merekodkan 25 bayi merdeka diikuti Hospital Kemaman (4), Hospital Setiu (2) dan masing-masing satu di Hospital Dungun, Hospital Besut dan Hospital Hulu Terengganu.

“Bayi merdeka pertama dilahirkan di HSNZ pada jam 12.24 malam,” katanya kepada pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Terengganu sempena Hari Kebangsaan 2022 di HSNZ, di sini pada Rabu.

Program yang turut dihadiri Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir Kareem itu merupakan julung kali dianjurkan bagi meraikan kelahiran bayi pada 31 Ogos dengan penyerahan sijil ucapan tahniah dan cenderahati kepada ibu.

Ia mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Co-opbank Pertama dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu, impian seorang suri rumah dari Lembah Bidong, Setiu untuk mendapat anak merdeka akhirnya tercapai apabila anaknya lahir pada jam 12.24 malam tadi sekali gus menjadi ‘bayi merdeka pertama’ di Terengganu.

Mas Idayu Abd Wahid, 39, berkata, anak ketiga itu sepatutnya lahir pada 23 Ogos namun tidak menampakkan tanda-tanda untuk bersalin lalu dihantar ke HSNZ.

“Selepas ‘induce’ saya dimasukkan ke dewan bersalin pada jam 4.30 petang dan selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.51 kilogram lapan jam kemudian,” katanya yang mempunyai dua anak perempuan berusia 8 dan 6 tahun.

Nurul Aishah Mat Yussop, 28, seorang suri rumah dari Kampung Panji Alam pula meluahkan rasa syukur kerana selamat melahirkan anak ke empat pada jam 12.49 malam, 31 Ogos.

“Alhamdulillah, ini merupakan bayi merdeka pertama dalam keluarga kami,” katanya yang dijangka bersalin pada 28 Ogos.

Masjid pertama guna jam matahari tentu waktu solat

in Edisi Perak by
Jam matahari Rukhamah yang digunakan untuk menentukan waktu solat, jam dan arah kiblat oleh Masjid Abdul Rahman Auf, di sini.
Mahruzaman menyempurnakan Pelancaran Jam Matahari di Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, di sini pada Rabu.

IPOH – Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, di sini mencipta sejarah apabila menjadi masjid pertama di Malaysia memperkenalkan jam matahari Rukhamah bagi menentukan waktu solat, jam dan arah.

Yang Dipertua Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak, Mahruzaman Misran berkata, penggunaan Rukhamah tersebut membolehkan pihak masjid mendapatkan bacaan waktu yang tepat selain tidak terlalu bergantung kepada jam analog.

Menurutnya, model jam matahari tersebut dibangunkan oleh Persatuan Falak Syar’i Malaysia bersama-sama Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang turut mendapat pujian di peringkat antarabangsa.

“Jadi Persatuan Ilmu Falak Islam Perak terpanggil untuk menyumbang sedikit untuk memperkenalkan jam matahari di Masjid Abdul Rahman Auf sebagai projek perintis untuk menjadi rujukan semua masjid dan surau negeri Perak. Saya rasa amat baik jika Rukhamah ini ada di masjid-masjid.

“Untuk makluman, ini adalah yang pertama dalam negeri Perak dan yang pertama di masjid dalam Malaysia yang ada jam matahari ini. Sistem jam ini lebih terperinci dan tepat dengan mempunyai pelbagai fungsi tetapi yang utama adalah menentukan arah, jam dan kiblat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran Jam Matahari di Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, di sini pada Rabu.

**media[1894104]**

Hadir sama pada pelancaran tersebut, Pengerusi Masjid Abdul Rahman Auf, Dr Khairuddin Abdul Malek.

Mahruzaman yang juga Ahli Jawatankuasa Falak Perak berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan masjid dan surau di negeri ini memasang jam matahari tersebut jika berkemampuan.

“Kos bagi satu set lengkap Rukhamah hanya RM2,700 dan boleh digunakan seumur hidup kerana ia tidak dijana dengan elektrik tetapi menggunakan cahaya matahari.

“Mana-mana pihak yang berminat boleh berhubung dengan Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak atau mendapatkan maklumat melalui pihak Masjid Abdul Rahman Auf serta Jabatan Mufti Negeri Perak,” ujar beliau.

Sementara itu, Dr Khairuddin berkata, pihaknya sedia bekerjasama dan berkongsi pengetahuan tentang penggunaan jam matahari tersebut kepada mana-mana masjid atau surau yang berminat.

Menurutnya, menjadi kebanggaan pihak masjid apabila menjadi yang pertama dalam kalangan masjid di negara dan negeri ini menggunakan jam matahari berkenaan.

Rukhamah merupakan salah satu jenis jam matahari yang digabungkan dengan tongkat Istiwa (bayang tiang) bagi mendapatkan waktu dan arah.

SP Setia terima anugerah 10 pemaju terbaik di Asia kali ke-11

in Bisnes by
Hon Lim (dua dari kiri) menerima anugerah 10 Pemaju Terbaik di Asia pada majlis anugerah BCI Asia Awards 2022 yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini pada 26 Ogos lalu.
Hon Lim (enam dari kiri) menerima anugerah 10 Pemaju Terbaik di Asia pada majlis anugerah BCI Asia Awards 2022 yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini pada 26 Ogos lalu.

[DIKEMAS KINI] SP Setia Berhad melakar kejayaan ke-11 apabila dianugerahkan 10 Pemaju Terbaik di Asia pada majlis anugerah BCI Asia Awards 2022 yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini pada 26 Ogos lalu.

Anugerah itu disampaikan kepada Naib Presiden Eksekutif SP Setia Berhad, Datuk Tan Hon Lim, oleh Pengurus Besar Emerging Pasaran Asia BCI Central Pietter Sanjaya diiringi Pengurus Besar BCI Central Malaysia, Kok Sook Leng dan Pengurus Besar Jotun, Kenny Bi.

Dalam pada itu Hon Lim menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti bahawa S P Setia memberikan komitmen yang tinggi dalam membina kediaman sekaligus menyokong gaya hidup holistik dan mampan yang berpaksikan falsafah pembangunan ‘LiveLearnWorkPlay’.

“Pengiktirafan berterusan BCI Asia kepada SP Setia sebagai salah satu pemaju hartanah terkemuka adalah satu penghormatan kerana kami kekal di barisan hadapan menyampaikan produk yang inovatif dan relevan untuk memenuhi keperluan pembeli rumah selaras dengan matlamat ESG kami,” kata Hon Lim dalam satu kenyataan pada Rabu.

**media[1894011]**

Anugerah BCI Asia Top 10 Developers mengiktiraf pemaju hartanah dengan menilai sejauh mana sesuatu projek yang diusahakan menitik beratkan soal kemampanan dan kawasan hijau.

Lebih 5,000 meriahkan sambutan Merdeka di Pahang

in Edisi Pahang by
Lebih 5,000 meriahkan sambutan Merdeka di Pahang
Persatuan basikal klasik mengambil bahagian pada perarakan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4 di sini pada Rabu.
Anggota keselamatan negara mengambil bahagian perarakan sempena Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4, pada Rabu.

KUANTAN – Lebih 5,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4 di sini, pada Rabu.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli hadir memeriahkan sambutan julung kali yang diadakan selepas dua tahun tiada sebarang penganjuran akibat wabak Covid-19.

Majlis sambutan turut dimeriahkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Rosdy dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Sambutan kemerdekaan kali ini membabitkan perarakan 126 kontinjen melibatkan 3,102 orang.

Ribuan tetamu mulai membanjiri padang MBK 4 sejak jam 7 pagi bagi melihat perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan badan beruniform, pancaragam sekolah dan perarakan kenderaan dan kelab.

**media[1893978]**

Sambutan terbabit diterjemahkan melalui tiga segmen iaitu gabungan, pergendangan muhibah pelbagai kaum, Melayu, Cina serta India.

Deklamasi puisi oleh waris pejuang tanah air Mat Kilau, Mohd Al Hamadi Abu Bakar dan diikuti Gerak Seni Bela Diri daripada pesilat negara, Mohd Al Jufri Jamari bersama

Sambutan itu diakhiri dengan gabungan lagu tema, “Keluarga Malaysia, Teguh Bersama” yang dijayakan oleh pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh Pahang.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan ke-64 di sini turut dihidangkan dengan aksi pertunjukan udara jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Segmen pertunjukan udara TUDM itu dibarisi pesawat pejuang iaitu Sukhoi SU30MKM.

Kemeriahan sambutan kali ini menunjukkan semangat perpaduan Keluarga Malaysia dan keterujaan dalam meraikan Hari Kebangsaan 2022.

1 2 3 70
Kembali UTAMA