2,340 kes baharu Covid-19, enam kematian

in Koronavirus by
Sebanyak 2,340 kes baharu direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import. Foto hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 2,340 kes baharu direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,782,594.

Sementara itu, data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow turut merekodkan 6 kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan satu daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti hospital (BID).

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini bertambah kepada 36,216.

Pada masa sama, sejumlah 31,159 kes aktif direkodkan pada Rabu dengan dengan 29,784 daripadanya atau 95.5 peratus merupakan pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sejumlah 1,301 lagi kes menerima rawatan di hospital dengan 27 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan manakala 42 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Baki 17 kes lagi pesakit Covid-19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, negara turut merekodkan sebanyak 2,502 kes pesakit sembuh menjadikan kes pulih keseluruhan di negara ini adalah sebanyak 4,715,417 kes.