Charles III ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Britain

in Global by
Raja Charles III. – Foto AFP

LONDON – Raja Charles III ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Britain dalam satu istiadat di Istana St James London pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Hadir sama pada istiadat itu Putera William. Upacara itu turut disiarkan di televisyen dan ditonton jutaan rakyat Britain.

Majlis Pertabalan terdiri Kaunselor Privy, Pegawai Besar Negara, Gabenor London, Pesuruhjaya Tinggi Realm dan penjawat awam kanan yang bersidang selepas kemangkatan seorang raja.

Ratu Elizabeth II, raja paling lama menduduki takhta dalam sejarah Britain, mangkat pada usia 96 tahun di Balmoral, Scotland, pada Khamis, selepas 70 tahun bersemayam di atas takhta. – Bernama