Mat Sabu berucap pada persidangan antarabangsa di Iraq

in Nasional by
Mohamad Sabu diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Al Quds yang berlangsung di Iraq pada Jumaat.
Mohamad Sabu (tengah) menyertai Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Al Quds yang berlangsung di Iraq pada Jumaat.

SHAH ALAM – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Al Quds yang berlangsung di Iraq pada Jumaat.

Mohamad dalam ucapannya berkata, kemunculan negara haram Israel berlaku ketika Barat berada di kemuncak kuasa dan umat Islam berada pada tahap paling lemah selepas kejatuhan kerajaan umat Islam Othmaniah.

“Suasana hari ini pula menunjukkan kebangkitan negara-negara Timur yang menjadi saingan kepada Barat.

“Oleh itu, untuk melihat kemenangan Palestin perlu dimulakan dengan kebangkitan umat Islam yang berjaya memerdekakan diri mereka daripada pengaruh kuasa besar dalam membuat sebarang keputusan negara,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook rasmi Amanah.

**media[1906347]**

Turut berucap pada persidangan itu adalah Mufti Lubnan, Sheikh Abdul Latif Derian; Mufti Russia, Sheikh Rawil Gaynutdin; ulama besar Syria, Syeikh Ala’uddin Zaa’tari dan wakil Parlimen Afrika Selatan, Zwelivelile Mandela yang juga cucu kepada Nelson Mandela.