Covid-19: 2,431 kes baharu, lima kematian

in Koronavirus by

SHAH ALAM – Sebanyak 2,431 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan pada Selasa.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan wabak berkenaan di Malaysia meningkat kepada 4,811,327.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lima kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan dua daripadanya adalah kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat jangkitan wabak ini melonjak kepada 36,296 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,820 kes sembuh baharu pula direkodkan.