Mangsa banjir di Batu Pahat kekal 50 orang

in Edisi Johor by
Jumlah mangsa banjir di daerah Batu Pahat kekal 50 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini. – Foto Astro Awani

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di daerah Batu Pahat kekal 50 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading yang dibuka sejak Rabu lepas.

Menurut JPBD, mereka masih belum dibenarkan pulang kerana kawasan rumah masing-masing masih digenangi banjir termenung.

Kesemua mangsa melibatkan penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

Banjir berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat yang bermula pada 1.30 pagi hingga 5.30 pagi Rabu lepas dan fenomena air pasang. – Bernama