Malaysia catat jualan RM67.05 juta misi perdagangan ke Manila

in Bisnes by
Gambar hiasan.

MALAYSIA meraih jualan eksport bernilai RM67.05 juta daripada Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Manila, Filipina yang berlangsung dari 22 hingga 26 Ogos 2022.

EAM itu dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan SME Bank.

Matrade dalam satu kenyataan hari ini berkata, lebih 140 mesyuarat perniagaan diatur antara 12 syarikat Malaysia dengan rakan kongsi berpotensi dari Filipina.

“Kerjasama strategik antara Matrade, KUSKOP dan SME Bank menandakan kepentingan sinergi dalam ekosistem perdagangan untuk mengukuhkan perdagangan Malaysia dan yang paling penting, daya saing antara pengeksport kita di peringkat global,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) Matrade, Abu Bakar Yusof. – Bernama