Celcom gandakan kapasiti rangkaian teras

in Bisnes by
AFIZULAZHA

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) terus memodenkan rangkaiannya bagi memenuhi permintaan data yang meningkat dengan menggandakan kapasiti rangkaian teras melalui pembangunan rangkaian telco cloud-native core terbesar dan tercanggih negara.

Celcom dalam satu kenyataan berkata, dengan teras baharu, Celcom menambah baik daya tahan rangkaiannya yang menawarkan kebolehpercayaan, prestasi lebih tinggi dan kependaman rendah kepada seluruh pengguna rangkaian.

“Pelaburan rangkaian berterusan Celcom pada rangkaian telco cloud-native core merupakan sebahagian daripada komitmen telekomunikasi untuk menangani peningkatan trafik data yang pesat, menyediakan perkhidmatan boleh dipercayai kepada pelanggan serta memberi prestasi rangkaian yang konsisten dengan liputan LTE yang terluas.

“Rangkaian telco cloud-native core, sedang beroperasi dengan rangkaian terbesar Full Mesh CUPS (Control User Plane Separation), membolehkan penjuruteraan semula buat perancangan kesinambungan perniagaan yang lancar dan kapasiti pengurusan dan operasi yang tangkas.

“Rangkaian teras juga telah mengguna pakai piawaian Cloud Native Computing Foundation (CNCF) dan European Telecommunications Standards Institute (ETSI) yang menggalakkan keterbukaan, membolehkan keupayaan permulaan bagi pihak ketiga yang tangkas dan pantas untuk mempercepatkan produk dan perkhidmatan ke pasaran,” jelas kenyataan itu.

Di samping itu, Celcom terus menambah lebih banyak keupayaan yang akan sedia untuk menyokong perkhidmatan mikro yang baharu dan juga tambahan.

“Rangkaian teras yang dinaik taraf juga membolehkan peralihan ke arah All-In-One Converged Mobile Packet Core yang menawarkan pelanggannya dengan pengalaman rangkaian bersepadu serta lancar merentas perkhidamatan 2G, 4G dan 5G yang akan datang.

“Platform kalis masa depan ini telah sedia untuk kedua –dua seni bina rangkaian 5G iaitu Non-Standalone (NSA) dan Standalone (SA) serta aplikasi pihak ketiga yang membuka kepada potensi untuk ekosistem 5G,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Celcom, Afizulazha Abdullah berkata, pelaburan rangkaian terkini Celcom untuk rangkaian telco cloud-native core terbesar dan tercanggih negara dengan perkhidmatan cloud-native, memastikan pengalaman digital terbaik untuk kesemua pengguna rangkaian Celcom.

Beliau berkata, dengan membangunkan teknologi terkini dan inovatif untuk rangkaian teras Celcom, kapasiti terasnya dapat menyokong pengguna dan memastikan pengalaman penggunaan data lebih lancar.

“Dengan peningkatan trafik data yang pesat serta permintaan untuk capaian internet merentasi pelbagai aplikasi dan solusi, rangkaian teras Celcom baharu yang dipertingkatkan kini mampu untuk menyepadukan produk dan perkhidmatan yang lebih kompleks, bagi memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup digital yang unik.

“Ini termasuklah mengukuhkan portfolio perkhidmatan ICT buat perusahaan dan perkhidmatan konvergen, termasuk perkhidmatan 5G yang akan tiba, bersama dengan penambahbaikan rangkaian teras terbaharu kami,” tambah Afiz.