Madrasah Ummahatul Mukminin lahirkan tahfiz wanita

in Edisi by
Madrasah Tahfiz Al-Quran Ummahatul Mukminin di Klang tekad melahirkan lebih ramai golongan hafizah dalam kalangan golongan wanita pada masa hadapan bagi memastikan legasi membaca kitab suci itu terus kekal subur.

KLANG – Madrasah Tahfiz Al-Quran Ummahatul Mukminin di sini bertekad melahirkan lebih ramai golongan hafizah dalam kalangan golongan wanita pada masa hadapan bagi memastikan legasi membaca kitab suci itu terus kekal subur.

Pengurus, Rabiah Abdul Ghani berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 2016 seramai 50 hafizah al-Quran telah berjaya dilahirkan.

“Permintaan untuk mengikuti pengajian di sini semakin meningkat dari masa ke masa.

“Ramai ibu bapa mengatakan sukar untuk mencari tahfiz wanita yang menekankan akhlak sebagai fokus utama selain daripada menghafal al-Quran, penjagaan aurat yang sangat rapi, serta melatih para pelajar menjadi seorang muslimah yang berwibawa,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, bagi memenuhi permintaan yang tinggi pihaknya berhajat untuk menaik taraf bangunan dua tingkat yang sedia ada.

Menurutnya, kos yang diperlukan ialah sebanyak RM150,000.

Rabiah berkata, dengan penambahbaikan itu diharap dapat memberikan keselesaan kepada 100 orang pelajar yang sedia ada.

“Orang ramai boleh menyumbang serendah RM50 ke akaun Maybank 5624 6931 6831 atau hubungi talian 012-297 2769,” katanya. Madrasah Tahfiz Al-Quran Ummahatul Mukminin di Klang tekad melahirkan lebih ramai golongan hafizah daripada golongan wanita pada masa hadapan.