Wanita dituduh terima wang deposit tanpa lesen

in Video by

BERITA SEMASA 29 SEPTEMBER 2022

Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah kerana menerima wang deposit tanpa lesen sah, Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Tertuduh, Norsyazwany A Rahim, 23 tahun dari Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling didakwa telah menerima wang deposit sebanyak RM3,000 daripada Syakirah Ab Rahman, 31 tahun tanpa suatu lesen sah yang diberikan bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

Perbuatan itu dilakukan pada jam lebih kurang 8.12 malam bertempat di Bank Islam Cawangan Lagenda Heights, Sungai Petani, 23 Julai 2022.

Artikel: https://bit.ly/3y0Rckl

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa