Covid-19: 4,896 kes baharu, 12 kematian

in Khas by
Kes baharu Covid-19 dilaporkan menurun kepada 1,867 kes berbanding 2,445 kes pada hari sebelumnya. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kes baharu Covid-19 pada Khamis dilaporkan menurun kepada 1,867 kes berbanding 2,445 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal CovidNow, sebanyak empat kes kematian dicatat pada Khamis.

Bagaimanapun tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Bagi kes aktif Covid-19 pula, sebanyak 25, 174 kes dengan 24,071 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, sebanyak 1,060 kes kini dirawat di hospital dengan 24 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan dan negara turut mencatatkan 1,402 kes sembuh.