JDT intai Selangor

in Video by

BERITA SEMASA 30 SEPTEMBER 2022

Peninjau pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk beberapa negeri lain menjadikan Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari sebagai pentas pencarian bakat baharu buat pasukan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata, kejohanan disertai 32 pasukan sejak peringkat awal kejohanan di peringkat kumpulan telah bermula sejak 9 September lalu dan perlawanan kini memasuki fasa kedua kejohanan selepas peringkat kumpulan berakhir pada 8 Oktober ini.

Beliau menambah, kejohanan diilhamkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah itu adalah kejohanan bola sepak berprestij di peringkat sekolah dan sasaran untuk mencungkil bakat baharu mencapai objektif.

Artikel: https://bit.ly/3Rl7tHK

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa