Pickford cergas untuk diturunkan: Lampard

in Sukan by
Pickford

PENJAGA gol Everton, Jordan Pickford cergas untuk diturunkan pada perlawanan menentang Southampton selepas sebelum ini disisihkan akibat kecederaan di bahagian paha.

Perkembangan itu diumumkan sendiri pengurus Everton, Frank Lampard ketika ditanya berkenaan situasi terkini penjaga gol kelahiran England itu.

“Betul. Ia berita yang gembira,”Jawab Lampard dalam satu sidang akhbar sebelum.perlawanan menentang Southampton.

Dalam pada itu, Lampard ketika ditanya berkenaan peluang untuk Dominic Calvert-Lewin diturunkan pada perlawanan tersebut, dia menjelaskan pemain itu masih dalam pemantauan dan masih belum pasti sama ada akan membuat penampilan pertamanya musim ini.

“Untuk Dominic, kami sedang bekerja keras untuk memastikan dia boleh bermain semula dalam keadaan yang cergas dan sihat seperti biasa.

“Kami sentiasa mencari kaedah yang sesuai untuk memastikan Dominic cergas dan cara untuk mengekalkan kecergasannya. Sebab kita tahu dia merupakan antara pemain yang penting buat pasukan,”katanya.

Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini disisihkan daripada skuad utama Everton selepas mengalami kecederaan di bahagia lututnya sekaligus memaksa dia untuk berehat selama enam minggu.