2,007 kes baharu Covid-19, lima kematian

in Koronavirus by
KKM merekodkan 2,007 kes Covid-19 pada Jumaat. – Foto Bernama

SHAH ALAM – Sebanyak 2,007 kes Covid-19 dicatatkan pada Jumaat menjadikan kumulatifnya adalah 4,840,879.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lima kematian kes Covid-19 direkodkan.

Dalam pada itu, terdapat satu kes kematian di luar fasiliti atau brought In dead (BID) dicatatkan.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah sebanyak 25,769 dengan 24,713 atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1,014 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 42 daripadanya dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 19 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, manakala 1,407 dicatatkan sembuh.