Jin Wei terlepas rangkul gelaran Terbuka Vietnam

in Sukan by

Goh Jin Wei

PEMAIN wanita perseorangan persendirian negara Goh Jin Wei terlepas peluang untuk memenangi gelaran pertamanya selepas empat tahun, apabila tewas pada perlawanan akhir Terbuka Vietnam pada Ahad.

Pemain berusia 22 tahun itu, tewas 15-21, 12-21 kepada wakil tuan rumah Nguyen Thuy Linh dalam perlawanan 32 minit di Kelab Sukan dan Kebudayaan Nguyen di Ho Chi Minh.

Bekas juara Remaja Dunia dua kali itu layak ke akhir selepas mengalahkan seorang lagi pemain tuan rumah Tran Thi Phuong Thuy 12-21, 21-17, 21-14, pada Sabtu.

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu, kali terakhir memenangi gelaran pada Kejohanan Remaja dunia 2018, di Kanada. – Bernama.