Azi, mangsa culik di Kelantan selamat pulang ke pangkuan keluarga

in Video by

BERITA SEMASA 3 OKTOBER 2022

Ejen jualan kosmetik yang menjadi mangsa penculikan, Rosnazirah Mohd Naim, atau lebih dikenali sebagai Azi dapat dibawa pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat di rumah mentuanya di Kampung Kelochor, Kota Bharu, Kelantan.

Khamis lalu, dia diselamatkan oleh Polis Diraja Malaysia dengan bantuan polis Thailand sebelum mangsa diserahkan kepada keluarganya oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Pada 13, September lalu, Rosnazirah dilarikan tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan sebelum diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia.

Artikel: https://bit.ly/3dVcf12

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa