Azizulhasni duta pemakanan sihat Gardenia Breakthru

in Sukan by

Azizulhasni (empat dari kanan) pada majlis memperkenalkan beliau sebagai duta Roti Gordenia Breakthru. – Foto BernamaAzizulhasni (kanan) menerima trofi cenderahati daripada Pengerusi Gardenia, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada majlis pelancaran duta roti Gardenia Breakthru di Kuala Lumpur pada Isnin. – Foto Bernama.

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyifatkan pelantikannya sebagai duta Gardenia Breakthru sebagai satu tanggungjawab besar bagi mendidik rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Atlet berusia 34 tahun itu berkata, masyarakat memerlukan satu ikon yang boleh dijadikan contoh terutama golongan muda untuk mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat termasuk daripada aspek pemakanan.

“Tanggungjawab sebagai duta atau ikon besar kerana ia bukan hanya untuk kerja atau nama saja tetapi ia mengenai giving back (memberi semula) kepada komuniti.

“Dalam masyarakat kita ini penting untuk ada ikon dan contoh bagi menjadi ikutan terutama dalam menerapkan budaya baharu dan sihat.

“Kita mahu memupuk masyarakat mengenai pemakanan yang sihat bermula dengan Gardenia Breakthru ini,” katanya ketika sidang media Majlis Pelancaran Gardenia Breakthru di Kuala Lumpur pada Isnin.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd melancarkan roti gandum penuh dan roti mil penuh dengan gandum ungu Kanada dalam penjenamaan semula di bawah Gardenia Breakthru.

**media[1931781]**

Azizulhasni yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dilantik sebagai duta produk tersebut.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Ena Suhaila Abas berkata, pemilihan The Pocket Rocketman sebagai duta dibuat berdasarkan semangat juang tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa yang ditunjukkannya.

Menurutnya, semangat kental dan tidak mudah berputus asa itu menepati tagline produk berkenaan ‘Mengatasi setiap halangan’.

Tambahnya, Azizulhasni adalah duta pertama yang dilantik oleh syarikat itu bagi mendidik masyarakat supaya mencontohi ikon mereka dalam mengamalkan pemakanan sihat.

“Azizulhasni menunjukkan amalan kehidupan yang cukup baik dan tidak pernah berputus asa selain semangat beliau juga tinggi terutama apabila berdepan musibah.

“Oleh itu, kriteria yang dimiliki Azizulhasni menjadikan beliau calon tepat untuk mencerminkan nilai-nilai Gardenia Breakthru,” katanya.