STL kembali hangatkan arena sukan negara

in Sukan by

STL kembali menemui peminat bermula dengan pusingan playoff di Stadium Titiwangsa pada Sabtu. – Foto Agensi.

SAINGAN Liga Sepak Takraw (STL) akan kembali menemui peminat tanah air bermula dengan pusingan playoff di Stadium Titiwangsa pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Sebanyak dua slot akan direbut sembilan pasukan untuk beraksi dalam kategori Perdana musim 2022/2023 dengan format kalah singkir.

Sembilan pasukan berkenaan adalah Bomba Fighters, Kelantan Warriors, Kedah Eagles, PDRM Defenders, Terengganu Turtles, Pahang Mammoth, Sabah Mountaineers, SSC Hunter dan Penjara.

Berita gembira juga buat setiap pasukan apabila penganjur memberi kebenaran untuk menggunakan seorang pemain import dari luar negara bagi saingan ini.

Sebagai rekod, saingan musim lalu menyaksikan ATM Guardians muncul juara liga dan Kuala Lumpur Thunder mempertahankan kejuaraan Piala Juara-Juara STL.

Bomba Fighters dan Kelantan Warriors pula diturunkan ke saingan Divisyen 1. – Stadium Astro