1,244 kes baharu Covid-19, lima kematian

in Koronavirus by
Malaysia merekodkan 1,244 kes baharu Covid-19 dengan lima kematian pada Isnin. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sejumlah 1,244 kes baharu Covid-19 dengan lima kematian direkodkan di negara ini pada Isnin.

Berdasarkan data pada portal CovidNow, dua kes kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Bagi kes aktif Covid-19 pula, sebanyak 23,331 dicatatkan dengan 22,317 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala, 968 pesakit menerima rawatan di hospital dengan 46 daripada dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 25 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 14 kluster masih aktif dengan satu baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kluster 7,082.

Negara bagaimanapun mencatatkan 2,005 kes sembuh.