Bursa Malaysia ditutup tinggi

in Bisnes by

Gambar hiasan

BURSA Malaysia meneruskan kenaikan pada Isnin untuk ditutup tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada sentimen global yang bertambah baik dan aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, indek petunjuk pasaran meningkat 11.74 mata untuk ditutup kepada 1,409.36 daripada paras penutup 1,397.62 pada Isnin.

Ia dibuka kukuh naik 6.14 mata kepada 1,403.76 dan bergerak antara paras 1,402.90 dan 1,411.55 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 567 berbanding 280, manakala 331 kaunter kekal tidak berubah, 1,175 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.92 bilion unit bernilai RM1.46 bilion daripada 1.79 bilion unit bernilai RM1.45 bilion pada Isnin.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, FBM KLCI diniagakan tinggi hari ini apabila para pelabur terus mencari saham berharga rendah selepas jualan baru-baru ini.

Beliau berkata indeks utama serantau juga diniagakan kebanyakannya tinggi selepas kenaikan di Wall Street semalaman.

“Para pelabur percaya kelemahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mungkin menyebabkan Rizab Persekutuan AS (Fed) meredakan langkah menaikkan kadar dengan agresif,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran tempatan, memandangkan keadaan pasaran yang tidak menentu, Thong mengunjurkan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,390 hingga 1,420 bagi tempoh berbaki minggu ini dengan paras ketahanan pada 1,450, dengan sokongan pada 1,400 dan diikuiti pada 1,380.

Sementara itu, penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd Kenneth Leong mengunjurkan FBM KLCI terus pulih menghala ke paras 1,430 dan 1,460, dengan sokongan pada 1,385 sekiranya bursa tempatan kekal di atas paras 1,400.

“FBM KLCI tinggi hari ini seiring dengan kenaikan di Wall Street semalaman. Dengan sentimen pasaran yang tenang, kami menjangkakan aliran meningkat akan berterusan apabila para pelabur mencari saham berharga rendah.

“Seterusnya tumpuan akan terarah kepada pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM8.68, Public Bank meningkat dua sen kepada RM4.27, CIMB menokok 11 sen kepada RM5.23 dan IHH Healthcare berkurangan empat sen kepada RM5.85, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.39.

Dalam kalangan kaunter cergas, kedua-dua Citaglobal dan Top Glove naik 2.5 sen masing-masing kepada 26.5 sen dan 62 sen, Cypark Resources meningkat tiga sen kepada 46 sen dan Hiap Huat Holdings menambah dua sen kepada 16 sen, manakala PT Resources tidak berubah pada 45.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 83.51 mata kepada 10,050.91, FBM 70 naik 91.92 mata kepada 12,180.71 dan Indeks FBMT 100 menokok 79.87 mata kepada 9,802.83, Indeks FBM Emas Shariah menambah 74.44 mata kepada 10,069.54 dan FBM ACE mengukuh 56.89 mata kepada 4,709.00.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 10.27 mata kepada 684.52, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 148.22 mata kepada 16,091.43 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.20 mata kepada 169.86.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan berkurangan sebanyak 70.93 mata kepada 6,438.06.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.36 bilion saham bernilai RM1.26 bilion berbanding 1.11 bilion saham bernilai RM1.21 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 107.86 juta unit bernilai RM13.55 juta daripada 214.84 juta unit bernilai RM42.82 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 443.62 juta saham bernilai RM180.15 juta daripada 461.78 juta saham bernilai RM194.78 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 143.82 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (543.90 juta), pembinaan (38.45 juta), teknologi (139.19 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (57.46 juta), hartanah (143.18 juta), perladangan (19.37 juta), REITs (4.82 juta), dana tertutup (13,000), tenaga (128.13 juta), penjagaan kesihatan (80.58 juta), telekomunikasi dan media (26.17 juta), pengangkutan dan logistik (29.47 juta) dan utiliti (9.88 juta). – Bernama