Banjir: Mangsa berkurangan, dua PPS masih beroperasi

in Edisi by

Anggota APM melakukan pemantauan di lokasi banjir di Kampung Sri Gambut dan Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, Pontian, pada Rabu.
JOHOR BAHRU – Bilangan mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan kepada 54 orang daripada 16 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi Rabu.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam satu kenyataan memaklumkan, bilangan tersebut berbeza dengan 79 orang daripada 22 keluarga keluarga yang dicatatkan di dua PPS pada jam 10 malam Selasa.

“Mereka adalah dari Kampung Sungai Linau (Kluang) ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau.

“Selain itu mangsa banjir dari Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti di Pontian yang ditempatkan di PPS SK Melayu Raya,” menurut kenyataan tersebut.