Rusia hantar angkasawan ke bulan pada 2030

in Global by

Bulan akan menerima kehadiran angkasawan Rusia menjelang tahun 2030. – Foto AFP

MOSCOW – Rusia akan menghantar angkasawannya mendarat di bulan menjelang tahun 2030, kata ketua agensi angkasa lepas negara itu, Yuri Borissov pada Selasa.

Sebelum ini, ia mengumumkan rancangan untuk mewujudkan Stesen Lunar Saintifik Antarabangsa yang terbuka dan inklusif menjelang 2035.

Pada masa yang sama, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berharap untuk menghantar semula angkasawan ke bulan menjelang 2025.

“Sebagai sebahagian daripada program bulan, kami sedang menyediakan pendaratan automatik Luna-25 untuk dihantar ke bulan.

“Ia akan diikuti oleh Luna-26, 27, 28, dan menjelang 2030, kami akan bersedia untuk mendaratkan angkasawan Rusia di bulan,” kata Borisov pada acara sains angkasa lepas di Institut Penyelidikan Angkasa Akademi Sains Rusia. – Agensi