Annuar perjelas kekeliruan peratusan capaian 5G

in Nasional by

Annuar Musa. – Foto Bernama.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa pada Khamis menjelaskan kekeliruan mengenai peratusan capaian 5G di bandar-bandar utama.

Beliau berkata, peratusan capaian 5G yang disasarkan mencapai 40 peratus pada akhir tahun itu adalah merujuk kepada penyediaan prasarana oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

“Saya faham apabila ada sesetengah orang kata… kita kata sudah ada liputan 5G di Kuala Lumpur dan sebagainya, kenapa kita belum terima? Sebenarnya belum sampai ke tahap itu, peratusan yang diberikan itu ialah apa yang disyaratkan kepada DNB untuk menyediakan prasarana di beberapa lokasi.

“Sekarang ini lebih 2,000 lokasi yang telah disiapkan tetapi servis kepada orang ramai itu perlu dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telco yang mempunyai lesen,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang meminta penjelasan mengenai peratusan capaian 5G di bandar-bandar utama yang masih belum dapat dinikmati pengguna khususnya di Petaling Jaya.

AKAN MENYUSUL