Ibu, anak dituduh pecah amanah tanah RM1 juta

in Berita Semasa by
BERITA SEMASA 6 OKTOBER 2022

Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan pecah amanah membabitkan tanah bernilai lebih RM1 juta dan menggunakan dokumen palsu tujuh tahun lalu.

Tertuduh Wong Yew Loong dan Lim Siew Kin bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan pengarah sebuah syarikat pembekal pasir dan juga seorang ejen telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan harta yang diamanahkan ke atasnya iaitu dua bidang tanah di Mukim Linggi, Port Dickson, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli

Tonton video menarik di https://bit.ly/3JOv01i

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa