Larangan operasi pembalakan sehingga Disember

in Edisi Perak by

Mohamed Zin

IPOH – Jabatan Perhutanan Perak tidak membenarkan sebarang operasi pembalakan negeri ini mulai 1 November hingga 31 Disember depan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, pihaknya juga turut mengarahkan sebarang aktiviti rekreasi dan mendaki gunung di negeri itu turut dihentikan seketika susulan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Menurutnya, semua hutan lipur di bawah seliaan Jabatan Perhutanan negeri juga akan ditutup sementara kepada orang awam.

“Bagaimanapun arahan tersebut masih bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Jika keadaan cuaca baik kita akan buka semula aktiviti dan operasi.

“Kita akan maklumkan sebarang arahan dari masa ke masa,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.