Perdana Menteri tiba di Istana Negara 

in Berita Semasa by
BERITA SEMASA 6 OKTOBER 2022

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Pintu Satu, Istana Negara pada pukul 3.50 petang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pastinya pelbagai tanda tanya serta persoalan bermain di fikiran rakyat ketika ini memandangkan desas-desus berkenaan pembubaran Parlimen semakin bertiup kencang.

Sebelum ini, perdana menteri memaklumkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan kepada Agong berkenaan perkara yang dibincangkan Kabinet, termasuk perkara berbangkit.

Artikel: https://bit.ly/3V9LXZF

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa