SMK Dato' Harun, SMK Shah Alam mara ke final

in Sukan by

SMK Dato’ Harun tempah slot ke final selepas menumpaskan SMK Seksyen 9 dengan jaringan 2-0 dalam aksi separuh akhir di EV Arena, Seksyen 13 Shah Alam pada Khamis.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun dan SMK Shah Alam bakal membuat perhitungan menentukan pasukan lebih layak menjulang kejuaraan Piala Dato’ Mokhtar Dahari 2022 Bawah 15 tahun pada Sabtu ini.

SMK Dato’ Harun dan SMK Shah Alam mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir di EV Arena, Seksyen 13 Shah Alam pada Khamis.

Dalam aksi separuh akhir itu, SMK Dato’ Harun menewaskan SMK Seksyen 9 dengan jaringan 2-0 dengan Muhammad Haikal Hakimi Fitril Hazlin muncul wira SMK Dato’ Harun selepas menjaringkan dua gol pada minit ke-16 dan ke-29.

SMK Shah Alam pula mengesahkan slot perlawanan akhir selepas menewaskan SMK Bandar Rinching dengan jaringan 3-0 di venue sama.

Tiga gol dijaringkan Khalis Fakhrey Mohamad Razilan pada minit ke-25 dan Mohd Hadif Mohd Hazwan pada minit ke-48.

Gol Ahmad Haziq Hakimi Jasni Termizi yang dijaringkan pada masa tambahan pada minit ke-71 terus menambah duka buat SMK Bandar Rinching.

Untuk rekod, SMK Dato’ Harun merupakan juara bertahan manakala SMK Shah Alam tampil penyertaan pertama di kejuaraan kali ini.