Ahmad Maslan tempelak tindakan 12 menteri PN utus warkah

in Video by

BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022

Tindakan 12 menteri daripada Perikatan Nasional mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan pendirian untuk tidak diadakan PRU15 pada tahun ini disifatkan sebagai tidak wajar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kesemua anggota kabinet PN sepatutnya menyuarakan apa juga pandangan mereka termasuk berhubung pendirian bagi mengadakan PRU15 ketika mesyuarat kabinet.

Malah, Ahli Parlimen Pontian itu juga berkata, tindakan itu sebenarnya turut memberi gambaran sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri semakin berkurangan dalam kalangan anggota kabinet.

Artikel: https://bit.ly/3fMSr0b

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa