Bajet 2023 sesuai tema, tumpu seluruh Keluarga Malaysia: PM

in Khas by

Ismail Sabri (kiri) bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023 selepas pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Bajet 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat disifatkan sesuai dengan tema Keluarga Malaysia Makmur Bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bajet tersebut merangkumi segenap lapisan dan kumpulan masyarakat di negara ini.

“Sesuai dengan tema, kalau kita lihat bajet ini menumpukan kepada seluruh Keluarga Malaysia, (golongan) B40, M40, golongan belia, wanita serta orang kurang upaya (OKU). Peruntukan yang diberikan berdasarkan setiap kumpulan yang saya sebutkan tadi.

“Malah dari segi pembangunan luar bandar, bandar dan sebagainya. Bajet ini juga menumpukan kepada pembangunan ekonomi dan (sebagai) persediaan untuk menghadapi keadaan ekonomi agak tidak menentu tahun hadapan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

AKAN MENYUSUL